Teringin nak makan Chinese style hotplate? Tak perlu keluar ke mall, boleh buat sendiri di rumah, cepat dan senang je sebenarnya. Maaf bahan-bahan anggaran ya, sebab dah biasa agak-agak secukup rasa. Boleh cuba resepi di bawah.

Bahan:

  1. Ayam isi lembut
  2. Bawang putih
  3. Halia
  4. Lada kering
  5. Serbuk lada hitam
  6. Sos tiram
  7. Kicap
  8. Tepung jagung
  9. Sawi
  10. Telur
  11. Cendawan Shiitake (jika ada)
  12. Garam
  13. Minyak
  14. Air




Cara:

  1. Tumiskan beberapa ulas bawang putih dan halia yang diketuk sehingga wangi
  2. Masukkan beberapa tangkai lada kering yg dipotong 2 atau 3 dan tumis sedikit
  3. Masukkan ayam (dipotong kecil) dan serbuk lada hitam gaul sedikit
  4. Masukkan air agak-agak paras ayam
  5. Tambah sos tiram dan kicap (kalau guna kicap pekat letak sedikit sahaja, kalau kicap cair atau kicap masin atau manis pun boleh, adjust garam dan gula kemudian)
  6. Kalau ada cendawan shiitake (potong 2) masukkan sekali (memang sedap)
  7. Bila ayam masak, masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung dan reneh api perlahan hingga pekat
  8. Adjust garam dan boleh tambah serbuk perasa
  9. Pecahkan telur ke dalam kuali perlahan-lahan
  10. Masukkan sawi yang dipotong sekejap hingga layu

Kalau ada hotplate boleh lah hidang macam di kedai. Kalau tak ada, hidang dalam pinggan kaca bila kuah sedang sizzling plup plup plup! Hihi… Boleh makan dengan nasi putih, yee mee, atau spaghetti.

Dengan nasi

Jika ada sebarang komen atau pertanyaan boleh komen di bawah ya. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *