Sedap, lembut, senang, campak-campak je! Juga tips untuk ayam panggang yang lembut juicy!

Ada ayam seekor, terlupa nak suruh butcher potong, parang pula tak ada, atau tak pandai nak potong-potong ayam (hehe), why not masak ayam seekor-seekor macam tu? Mungkin juga memang nak makan ayam panggang ala Kenny Roger’s tapi mahal atau malasnya nak bersesak-sesak ke mall.. Ha, ada oven? Boleh cuba resepi mudah dan sedap ni! Hidang kat tetamu mesti diorang Wow!

Bahan:

  1. Ayam (seekor) – tidak dipotong
  2. Bawang besar (sebiji atau lebih) – potong 4 atau 6
  3. Bawang putih (5 ulas atau lebih) – diketuk
  4. Lemon (1 biji) – potong 2
  5. Kentang (ikut suka) – potong wedges
  6. Carrot (ikut suka) – potong wedges
  7. Serbuk lada hitam (1 sudu atau ikut suka)
  8. Garam (1.5 sudu)
  9. Butter (1/3 buku)




Cara:

  1. Cuci bersih ayam luar dan dalam, pastikan ayam sudah bersuhu bilik
  2. 1 bahagian lemon diperah terus atas seluruh permukaan ayam dan lumurkan sekata, 1 bahagian lagi dimasukkan ke dalam perut ayam. (Penting! Ini tips untuk ayam panggang yang juicy)
  3. Posisikan ayam secara dada ke atas, rapatkan kedua kakinya dan diikat dengan tali chef (atau macam saya gunakan je baking paper yang dilipat haha) untuk menutup dan seal isi perut ayam dari terkeluar. Pastikan ikat rapat! (Penting! Ini tips untuk ayam panggang yang juicy)
  4. Dalam mangkuk lain, campurkan bawang, bawang putih, lada hitam, garam. Sumbatkan sedikit ke dalam perut ayam hinga penuh.
  5. Selebihnya, gaulkan bersama kentang dan carrot yang dipotong. Boleh juga guna sayuran lain seperti brokoli dan lada benggala.
  6. Gunakan tray pemanggang oven anda, taburkan campuran sayur secara merata.
  7. Letakkan ayam di tengah-tengah tray
  8. Potong butter kepada kiub-kiub kecil dan taburkan atas sayur dan ayam
  9. Angkat perlahan-lahan dan masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan (200°C, 10 minit).
  10. Turunkan suhu kepada 175°C dan panggang selama lebih kurang 50 minit bergantung saiz ayam. Periksa keadaan ayam, cucuk dengan lidi atau potong sedikit jika bersih jernih tanpa darah dah ok! Boleh gunakan suhu 200°C untuk 5-10 minit terakhir untuk mendapatkan kulit yang lebih garing.

Boleh dimakan begitu sahaja untuk yang diet (hihihi), atau makan dengan nasi goreng. Mesti cuba sos putih blackpepper yang senang sangat barulah ngam!

Jika ada sebarang komen atau pertanyaan boleh komen di bawah ya. Selamat mencuba!

Nota: Untuk resepi nasi goreng senang giler, tunggu!

4 Replies to “Ayam panggang senang ala Kenny Rogers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *