Pernah tak tiba-tiba teringin nak buat roti sandwich telur, coleslaw, atau mana-mana resepi yang menggunakan mayonis, rupa-rupanya check mayonis habis? Maka terbatal hasrat? Jangan!

Jom saya ajarkan cara mudah buat mayonis sendiri dengan bahan-bahan mudah, senang kata selalu ada je kat dapur.

Bahan:

  1. Telur (2 biji)
  2. Cuka atau jus lemon (2-3 sudu)
  3. Garam (1 sudu teh)
  4. Minyak (1 cawan)




Cara:

  1. Kisar semua bahan kecuali minyak dengan blender
  2. Masukkan 2 sudu minyak dan kisar
  3. Ulang step 2 sampai minyak habis
  4. Jangan risau kalau tak berapa pekat, masukkan dalam bekas dan simpan peti sejuk (chiller)
  5. Selepas beberapa jam dah sejuk, tekstur mayonis akan jadi pekat
  6. Siap!

Sedap je! Selamat mencuba! Jika ada sebarang komen atau pertanyaan boleh komen di bawah ya.

Amaran: Disebabkan resepi mayonis ini homemade menggunakan telur mentah, tidak digalakkan untuk wanita hamil atau individu yang immunocompromised.

Nota: Untuk resepi coleslaw ala KFC yang mudah dan sedap, tunggu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *