Disebabkan tekak mengalami ulcer, memang sangat pedih untuk menelan. Terlebih lagi jika makanan yang keras, kering, pedas. Mr. Google ada mencadangkan makanan-makanan yang sesuai dimakan ketika mengalami ulcer di tekak seperti;

  1. Puding
  2. Aiskrim
  3. Makanan tawar
  4. Makanan lembut berkrim.


Puding roti telah saya buat untuk sarapan, selain cereal dan susu. Sambil-sambil tu makan aiskrim untuk lebih legakan tekak.

Jadi untuk lunch, suami dan anak makan nasi. Saya pula rasa dengan tekak ulcer ni, tak nak lah makan nasi. So, terhasillah pasta secepat kilat untuk perut yang dah berkeroncong.

Saya memang suka masak pasta (pelbagai jenis – spageti, makaroni, spiral), sebab sebenarnya senang dan kita boleh manipulate resepi dengan bahan apa yang kita ada masa tu. Tak perlu Prego ya! Jimat dengan bahan-bahan asas yang mudah. Ada masa nanti saya share tips pelbagai menu pasta tanpa Prego.

Bahan:

  1. Pasta spiral
  2. Bawang putih
  3. Isi ayam (dipotong kiub)
  4. Lada hitam
  5. Minyak (lebih baik minyak zaitun)
  6. Butter
  7. Tomato (atau tomato cherry)
  8. Green peas (lebih sedap guna brokoli – atau tak ada pun tak apa)
  9. Susu segar
  10. Garam
  11. Air
  12. Herba campuran Itali (Italian mixed herbs atau Oregano pun boleh)


Cara:

  1. Didihkan air bersama sedikit minyak zaitun dan garam
  2. Rebus pasta sehingga al-dente atau mengikut arahan pada paket
  3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan butter (api perlahan)
  4. Tumiskan bawang putih yang diketuk dan cincang sehingga wangi
  5. Masukkan ayam dan masakkan seketika
  6. Masukkan sayur dan tomato yang didadu
  7. Tambahkan serbuk lada hitam ikut suka
  8. Masukkan susu segar sehingga agak menenggelamkan ayam dan renehkan sebentar hingga berbuih
  9. Masukkan garam dan Italian herbs
  10. Masukkan pasta yang telah direbus (boleh masukkan sekali air rebusan tapi jangan terlalu banyak) dan kacaukan
  11. Jika ada sebarang cheese boleh tambah
  12. Sedia untuk dihidang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *