Resepi mudah dengan bahan-bahan senang didapati. Tak perlu susu segar, tak perlu gula halus! Juga tips puding roti tak lembik berair.

Hari-hari makan roti sandwich sapu jem atau peanut butter, bosan juga kan? Atau roti banyak lagi tapi dah nak expired? Pilihan terbaik buat puding roti! Sebagai dessert atau appetizer. Sedap! Buat banyak boleh double atau triplekan resepi ya. Saya guna resepi asal dari page ini. Tapi saya tak ada susu segar, so saya alter saja sedikit lebih kurang.

Bahan:

  1. Roti sandwich putih – 5 keping
  2. Susu pekat manis – 2 sudu
  3. Air suam – 1.5 cawan
  4. Telur – 2 biji
  5. Esen vanila – 1 sudu teh
  6. Garam – 1 sudu teh
  7. Butter – 1 sudu
  8. Kismis – 2 sudu
  9. Kulit kayu manis
  10. Gula pasir




Cara:

  1. Firstly, gunakan loyang atau aluminum foil container, sapukan bahagian dalamnya dengan butter
  2. Potongkan roti kepada bentuk kiub dan isikan terabur (nak susun pun boleh), juga taburkan kismis
  3. Bancuh dalam bekas berasingan: susu pekat manis, air suam, telur, esen vanila, garam
  4. Gunakan pisau untuk kikis kulit kayu manis ke dalam adunan di atas (guna serbuk jika ada – 1/2 sudu teh)
  5. Tapiskan adunan dan tuang terus ke atas roti, tekankan supaya roti terendam semua, biarkan sekurang-kurangnya 30 minit (Penting! Ini tips supaya puding masak sekata dan tak lembik berair)
  6. Jika suka boleh taburkan gula pasir dan kiub-kiub kecil butter di atas untuk mendapatkan rasa masin manis rangup
  7. Panaskan oven dengan suhu 180°C selama 10 minit, masukkan puding untuk dibakar selama lebih kurang 40 minit (periksa bahagian atas puding telah kelihatan garing kecoklatan dan seakan melantun bila di tekan)
  8. Siap! Hidangkan panas atau suam. Kalau nak buat kuah custard pun boleh.
Tak sempat potong makan terus.. laju je.. hihi

Jika ada sebarang komen atau pertanyaan boleh komen di bawah ya. Selamat mencuba!

3 Replies to “Puding roti paling senang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *