Sos putih black pepper simple

Sos yang cepat disediakan, sedapnya dimakan bersama ayam panggang yang juicy!

Resepi ini senang sangat, campak-campak je lebih kurang dah jadi. Hehe.

Bahan:

  1. Serbuk blackpepper – 1/2 sudu atau ikut suka
  2. Susu segar (atau air susu tepung) – 1 cawan
  3. Tepung jagung – 1 sudu
  4. Garam
  5. Air




Cara:

  1. Panaskan susu segar di dalam saucepan atau periuk kecil dengan api sederhana.
  2. Masukkan serbuk blackpepper dan kacaukan sebati, masak seketika
  3. Bila sos dah mula berbuih, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
  4. Tambahkan secubit garam
  5. Kacaukan dan tunggu sehingga sos memekat.
  6. Boleh adjust kepekatan yang disukai, lebihkan tepung jagung untuk lebih pekat, dan air (atau susu) untuk cairkan
  7. Siap!

Senang kan? Boleh lah cuba. Jika ada sebarang komen atau pertanyaan boleh komen di bawah ya. Selamat mencuba!

One Reply to “Sos putih black pepper simple”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *