Tips rehatkan minda yang terlalu banyak fikir

Pernah tak kita mengalami memikirkan terlalu banyak perkara pada satu masa? Sampai penat otak? Lepas tu stress. OK. Jangan risau. Sebenarnya bukanlah kita fikir banyak benda pada masa yang sama, tak mungkin otak boleh buat tu. Yang betulnya fikiran kita melompat-lompat dari satu perkara ke perkara lain dengan terlalu cepat. Kalau perasan sebenarnya memang kita jenis susah nak fokus. Pantang ada distraction, fikiran cepat lari ke tempat lain. Ataupun masa nak tidur, tak boleh tidur sebab dalam kepala penuh dengan benda-benda tak penting yang difikir. Haha.

OK. Macam mana nak atasi keadaan ini?

Boleh cuba cara ini:

    1. Bila-bila masa fikiran tengah berkecamuk, stop sekejap. Tanya pada diri: “Aku fikir tentang apa ni? Bawa faedah tak? Patut tak aku terus fikir tentang ni?” Selalunya benda yang menyerabutkan kepala ni sebenarnya remeh, ataupun tak perlu kita fikirkan sekarang ni.
    2. Kita kena akui yang sebenarnya fikiran yang terlalu macam-macam ni membazir masa. Tak akan selesaikan masalah, tak halang benda buruk berlaku, dan tak buat kita berbaik dengan orang pun. Bila difikirkan,zaman moden ni kalau nak bandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, dunia di hujung jari ni membuatkan kita penat otak. Badan kita mungkin lama-lama boleh tahan dengan ni semua, tapi minda kita tak. Dan tentu kita perasan semakin lama semakin ramai orang kena penyakit mental kan? Sekali-sekala, kita push otak kita untuk kerja-kerja dan masa tertentu tak apa, tapi kalau sepanjang masa, boleh jadi gila tau!



  1. Sekali-sekala bagi waktu rehat pada minda. Cuba alih pandangan ke satu sudut (contohnya sudut bilik). Hembus nafas, lagi lama lagi bagus. Cara ini sebenarnya akan menenangkan dan melambatkan rasa marah. Cuba ambil feel nafas tu dengan perlahan, ataupun tumpukan perhatian pada sesuatu pergerakan dengan detail contohnya cara berjalan atau pergerakan tangan yang sedang menjangkau mengambil sesuatu. Ambil masa beberapa minit untuk fokus pada cara pernafasan ini. Ketepikan fikiran, fokus pada deria.
  2. Cuba bayangkan pandangan dari atas melihat ke bawah kepada diri kita. Seolah-olah kita ni burung di langit yang tengah tengok diri kita kat bawah. Cuba sedari betapa luas dan banyaknya pergerakan yang berlaku di sekeliling, sedunia. Otak kita akan membawa kita kepada satu kesedaran minda yang luas kemudian kembali pada masa kini, buangkan semua monolog dalaman, dan lupakan tentang bebanan diri. *Sebenarnya kalau kaitkan dengan ketuhanan, masa ni lah kita boleh rasa diri kita yang kerdil di dunia ni. InsyaAllah akan tenang… Mungkin juga sebab tu antara cara untuk khusyuk dalam solat adalah membayangkan Allah sedang melihat kita waktu itu!

Bila kita berjaya keluar dari belenggu fikiran ni, rasakanlah kebebasannya! Nanti bila kita perlu berfikir semula, dah fresh, happy dan boleh fikir dengan lebih berkesan! InsyaAllah… Selamat mencuba!

Kalau anda ada cadangan lain atau komen tentang artikel ini, boleh tulis di komen ya! Kita share sama-sama. (^^,)

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *