Rumahku syurgaku. Indahnya berada di rumah sendiri boleh berehat dan bersantai-santai lepak dengan ahli keluarga. Pasti tenang jika rumah sentiasa bersih, dan kemas. Mood pun ceria sahaja.

Opps. Berapa ramai pula yang rumahnya selalu macam dalam gambar ni? Rasanya tak banyak, tapi memang ada rumah yang macam ni.. ish ish ish.. Mungkin ada salah seorang yang rajin mengemas rumah, tapi tak semua. Baharu kemas sekejap, tak sampai beberapa minit, dah bersepah semula. Penat kan pada yang tukang kemas tu? Sudahlah beliau memang tak tahan mata tengok rumah yang bersepah. Lagi lah kalau tak ada seorang pun yang peduli nak kemas rumah. Macam gambar di atas lah jawabnya. Mungkin tak ada skill mengemas, dah buntu kot? Jadi macam mana? Apa nak buat ya? Nak rumah sentiasa kemas? Boleh cuba rules di bawah ini, share dengan semua ahli dalam rumah anda:

8 Tips rumah sentiasa kemas

  1. SEMUA ahli mesti terlibat dan beri kerjasama
  2. BUANG sampah contohnya plastik @ kotak bungkusan, selotape, gelang getah dan lain-lain serta merta. Jangan suka tangguh sekejap lagi. Jangan suka letak tepi sekejap. Nanti lupa. Bangun pergi tong sampah sekejap. Exercise tu bagus. Kalau tak berdaya sangat atau penat atau sakit, minta tolong org yg sihat atau yang alang-alang tengah berjalan ke dapur (contohnya). Kalau nk jual atau recycle sampah-sampah yang boleh dikitar semula, SIMPAN di tempat khas dan mesti jual atau recycle segera. Kalau tak, memang berlonggok jadi sarang tikus lah jawabnya…
  3. Mesti ada tempat KHAS yang sesuai untuk SEMUA benda. Baju bersih, baju kotor, buku, periuk, cawan, jug, plastik, botol.. semua lah. Lepas tu bila dah guna atau dah basuh atau dah baca MESTI simpan di tempat khas itu semula SEJURUS selepas habis guna tu
  4. SUSUN barang dan perabot dgn kemas dan kreatif supaya tak makan ruang, boleh letak banyak tapi tak nampak sempit.
  5. Kalau ada nampak barang orang lain (barang sendiri apatah lagi) yang tak sepatutnya bersepah, TOLONG beri pada tuannya untuk disimpan atau TOLONG simpankan kat tempat orang tu. Maklumlah kadang-kadang manusia cuai atau lupa. Kalau dibiarkan saja sampai bila-bila memang bersepah lah rumah. Kalau nak rumah kemas, kena prihatin juga walaupun barang tu bukan kita punya!
  6. BUANG atau jual barang-barang yang tak boleh dan tak akan digunakan lagi. Seperti yang dah rosak, tak boleh repair dan yang dah expired. Menyimpan barang-barang macam ni adalah salah satu simtom HOARDER iaitu sejenis masalah psikologi. Kalau susah cuba buang sikit-sikit dulu).
  7. Semua orang INGAT tips-tips di atas setiap masa agar rumah kekal kemas. Ingatkan pada yang lupa, dan yang kena tegur jangan sentap pula ya.
  8. Jadi, apa yang penting? KERJASAMA! dan KOMUNIKASI!
Sama-sama kemas rumah ya! Sumber

Jika ada sebarang komen atau pertanyaan boleh komen di bawah ya. Nak tambah tips pun boleh. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *