Tips Travel Dengan Anak Kecil

Assalamualaikum korang!

Last weekend, Siti bawa anak anak pergi Cameron Highland. Sape yang tak tahu Cameron Highland kan? Memang best! Antara tempat paling best nak bercuti kat Malaysia ni. Ala.. tak payah pergi jauh jauh pun tak pe, dalam Malaysia je dah banyak tempat tempat menarik yang cantik. Jimat sikit tak payah pergi luar negara kan? Hehe

Ok post kali ni bukan nak cakap tentang tempat menarik di Cameron, yang tu next time kita share. Kali ni nak share tips nak bercuti dengan anak kecil. As a mom of 3 years old boy, sememangnya percutian ini menjadi sangat mencabar ye kawan kawan. budak 3 tahun ni punya level dah sampai tahap boreh buat kita bertukar jadi Hulk dalam masa 10saat sahaja. Nak pulak if kita dah redah jammed yang lama, sampai kat tempat yg nak dituju, baru jalan sekejap dah nak hujan. Of course kita jadi rushing dan tak puas berjalan.

Tapi dah alang alang bercuti kan, tak kan nak pergi dgn stress pastu berjalan satu dua tmpt je kan?

Ok ni Siti nak share antara tips nya..

1. Anak Kena Kenyang & Selesa
Sentiasa pastikan anak korang tu kenyang dan cukup tidur sebelum berjalan.
If possible, Suruh dy tidur dalam kereta tu, alam perjalanan yang panjang (apatah lagi kalau redah jammed kan). so that bila dah sampai, dia akan rasa bertenaga dan fresh. baru lah dia bersemangat. (tapi bila dy dah semangat tu, goodluck bro, maka berkejaran lah korang kejar anak. hahahaha). Well it is much better than dia mengaruk berguling depan public kan? HAHA

Image result for budak tidur dalam carseat
Pleaseee buckle up your child! Sayang anak kan?



2. Always plan your holiday!
Jangan dah sampai sana baru nak terkedek kedek google tempat menarik. It’s too late guys. Dengan nak handle anak, dengan nak layan jammed, dengan nak waze direction. Sebaiknya korang plan siap siap, mana yang boleh singgah masa dalam perjalanan, nak pergi lalu jalan mana, balik lalu jalan mana, so TAK KAN MEMBAZIR MASA DALAM JAMMED HANYA UNTUK PATAH BALIK ke laluan yang sama sebab dah terlepas tempat tu.

Image result for jadual holiday di cameron
Korang boleh listkan siap2 mana nak pergiu okay! Plan first!



3. Tempat Tinggal yang selesa.
Kalau tengah bujang or baru kahwin, korang boleh la nak feeling feeling backpackers, ambil hotel bajet tengah tengah pekan, jalan kaki sana sini. Tapi bila dengan anak ni, korang kena fikir anak ye kawan kawan. Melabur sikit amik hotel yang sedikit mahal tapi selesa. Nak jadi cerita hujan turun tetiba dah korang tak dapat nak berjalan kan, haa kalau hotel pon kecik comel molek tu macamana pulak ye dak? tak selesa lah anak korang tu nak main main lari lari. Ala tak mahal sgt pon, kalau pandai cari bole dapat yang sangat berbaloi, RM200 boleh dapat hotel 4star dgn free breakfast.

Image result for agoda
Cari je hotel korang kat sini. Murah guysssss



4. Kudapan
Dah nama pon budak kan, bila bila masa dia boleh lapar. kita yang dewasa ni boleh la tahan lapar smpi petang, budak apelah tahu. So, it is advisable untuk korang bawak bekalan makanan. Bawak yang mudah nak makan dalam kereta je macam roti, susu kotak, biskut2 sikit. Kalau rajin nak memasak dari rumah nasi goreng ke bihun goreng ke sandwich ke lagi bagus. HAAA berjimat cermat kan amalan mulia..

Image result for roti gardenia



5. Pakaian
Korang bawaklah pakaian yg sesuai utk anak korang. dy kecik lagi. Kalau kita rasa sejuk, dy rasa lagi sejuk. Kalau panas, dy lagi panas. Kalau korang nak pergi tempat sejuk tu, make sure bawak baju tebal & lengan panjang banyak sikit.. Kalau nak g pantai, bawakla baju nipis and banyak helai.. baju yg proper dgn tmpt yg nak dituju lah kan.. As simple as that.

Image result for baju travel budak lelaki
Gambar goole



6. EMERGENCY KIT
Haaa.. yang ni always always always make sure korang bawak even kemana pon korang pergi. Budak ni bukan kira, Pagi tu kemain sihat siap main bola, tetiba petang badan suam2 malam terus demam. maka disitulah emergency kit tu sangat diperlukan ye kawan kawan. So make sure bawak ok! Dalam kit tu korang bolehla letak cool fever, thermometer, nasal spray, ubat demam (if ada). kalau Siti, ada whole set of Tasneem Naturel Baby Balm (CF-Rub, Calm Time, Sleep Time, T-Rub). Sangat amat berguna.

Image result for tasneem emergency kit
Ni dy Tasneem Naturel set kita..




Ok rasanya tu saja yang nak share. Yang lain tu kalau rasa ada lagi list yg penting tapi Siti tak listkan, boleh lah share ya! Feel free to comment ok korang!

See you in the next post!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *